Brunei sasar jadi pusat gaharu terbesar dunia
Oleh Mohamad Asyramisyanie
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat - Gaharu Brunei komited mahu menjadikan tanaman gaharu di negara ini mencapai satu tahap yang besar dengan jumlah sejuta pokok atau lebih dalam tempoh tujuh tahun mendatang.
Jika berjaya dilakukan di negara ini, ia akan menjadikan Brunei Darussalam sebagai pusat pengumpulan gaharu yang terbesar di dunia.
Perkara itu ditegaskan ketua Gaharu Brunei, Haji Mohd Ali Haji Dollah ketika berucap di majlis pertama penanaman dan wakaf pohon gaharu di masjid Kampung Bunut hari ini.
Katanya, negara jiran seperti Singapura, berpuluh-puluh tahun sehingga kini menghasilkan AS$1.2 bilion setahun, sedangkan mereka cuma mendapat bahan dari pohon gaharu hasil dari negara luar ekoran tidak ada tempat untuk bertanam. Justeru misi dan visi Gaharu Brunei adalah untuk menaik taraf penghasilan bagi penduduk negara ini khasnya dan di seluruh Asia Tenggara amnya.
Beliau turut menyatakan harapan agar warga Brunei akan dapat menimba ilmu untuk menghasilkan pendapatan dengan cara bertanam pohon gaharu.
Majlis hari ini bermula awal pagi di perkarangan masjid Kampung Bunut dihadiri tetamu khas yang terdiri daripada Setiausaha Masjid Pengiran Haji Metassan Pengiran Besar.
Turut hadir ke majlis itu Ketua Kampung Bunut, Haji Adanan Haji Mohd Salleh, Ketua Kampung Tasek Meradun, Pengiran Osman Pengiran Sulaiman.
Majlis itu juga menyaksikan penglibatan para imam masjid Kampung Bunut antaranya Imam Haji Sheikh Edham Haji Sheikh Nikman dan Imam Haji Abdullah Haji Wahid.
Seminar Keempat Gaharu Brunei
Seminar Ke-4 Gaharu Brunei di kelolakan dengan kerjasama pihak syarikat Lagenda Yakin
Persembah Kehadapan Majlis Kebawah Duli
Persembah pohon gaharu Kehadapan Majlis Kebawah Duli yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah Sultan Dan yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam.
