
Dengan kaedah teknologi masa kini, para peneroka gaharu telah menemukan kaedah inokulasi (artificial inducement technique AIT) dimana ia akan memendekkan jangka masa bagi pohon gaharu ini untuk menghasilkan resin dengan lebih cepat dan lebih banyak. kaedah ini melibatkan teknologi inokulasi dimana pohon gaharu itu akan di tebuk kira-kira 500 lubang(bergantung kepada kebesaran pohon gaharu itu sendiri) dan dimasukkan hormon atau fungus. Setelah selesai semua kerja inokulasi, lubang-lubang yang ditebuk itu akan disumbatkan dengan mengunakan lilin atau gabus.
Dengan teknologi terbaru ini, jangka masa bagi pohon gaharu ini diinokulasi adalah diantara 4-5 tahun ataupun mengikut kebesaran pohon itu yaitu diameternya men capai 8-10cm (40-50 inci).
capai 8-10cm (40-50 inci).
Setelah kerja penyuntikan inokulasi selesai, resin akan terbentuk dalam tempoh 9-17 bulan. Untuk mendapat hasil yang lebih bagus adalah lebih baik jika pohon gaharu itu dibiarkan lagi untuk 3-4 tahun selepas di suntik untuk mndapatkan resin yang banyak.
Seminar Keempat Gaharu Brunei
Seminar Ke-4 Gaharu Brunei di kelolakan dengan kerjasama pihak syarikat Lagenda Yakin
 
Persembah Kehadapan Majlis Kebawah Duli
Persembah pohon gaharu Kehadapan Majlis Kebawah Duli yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah Sultan Dan yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam.
 
 
 




 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
