• RSS
  • Delicious
  • Facebook
  • Agarwood Resources

Produk GBR

Minyak Harum B$18
Pati minyak Gaharu
Kraftangan gaharu
Chip Gaharu

Jadual

-

Tempat penjualan bibit Gaharu

Unit No.4 Tingkat 1 Spg 544, Bangunan Haji Pawzi,
Jalan Bengkurong-Masin . Bf2120
Negara Brunei Darussalam

(memandangkan pejabat masa ini dalam pengubahsuaian pihak pentadbiran memohon maaf awda boleh meghubungi dengan email : gaharubrunei@yahoo.com )

About Me

Mengkomersilkan dan mempelbagaikan penghasilan tanaman Gaharu untuk menaiktarafkan pendapatan setiap keluarga di Negara Brunei khasnya dan di Asia Tenggara (Malaysia,Indonesia,Singapura,
Thailand,Laos,Combodia,
Vietnam,Filipina,India,
Bangladesh dan Cina)

Thumbnail Recent Post

Seminar Kursus Gaharu

Pada: - Pospone (tarikh akan diumumkan kemudian)

Jam: 8.30 am - 05:00pm (Pagi Teori dan Petang Praktikal inokulasi pokok)

Bertempat: Sekolah perdagangan, spg 347, jln Pasar Baharu Gadong, BE 1310, Brunei Darussalam

Yuran pendaftaran: $150 (Jamuan akan disediakan)
*Tempat duduk terhad.

Percuma 1 bibit Gaharu berserta sijil tanaman dan sijil kursus gaharu, praktikal inokulasi pokok

* tarikh tutup pendaftaran: - tarikh pendaftaran masih dibuka dan akan diumumkan kemudian tarikh seminar

* walk in akan kami terima

Untuk keterangan lanjut sila



e-mail ke : Gaharubrunei@yahoo.com

Download Borang Seminar

support GaharuBrunei

Support gaharubrunei by linking to your blog, copy and paste the code below into your site.

Pengikut

Web Counter

Seminar Keempat Gaharu Brunei

Seminar Ke-4 Gaharu Brunei di kelolakan dengan kerjasama pihak syarikat Lagenda Yakin

Persembah Kehadapan Majlis Kebawah Duli

Persembah pohon gaharu Kehadapan Majlis Kebawah Duli yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah Sultan Dan yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam.

Nursery Gaharu

Nursery pohon gaharu yang terletak di kampong Betumpu Bengkurong

Sumbangan Pohon Gaharu

Sumbangan pohon gaharu yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Awang Haji Hazair Bin Haji Abdullah, Menteri Kebudayaan Belia Dan Sukan sempena majlis karnival budaya membaca 2011

Kebun Gaharu

Kebun gaharu yang terletak di Daerah Temburong


UNISSA terima sumbangan pohon gaharu

Oleh Salawati Haji Yahya

Pengiran Anak Dr Haji Amiruddin Alam Shah menerima penerangan mengenai pohon gaharu dari Haji Mohamad Ali.

Pemangku Rektor UNISSA Pengiran Anak Dr Haji Amiruddin Alam Shah menyempurnakan penanaman pohon gaharu di kawasan UNISSA sambil dibantu oleh pengarah urusan Gaharu Berjaya Resources Haji Mohamad Ali.

Antara yang hadir di majlis itu.

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin - Sebanyak lima pohon gaharu disumbangkan kepada Universiti Sultan Sharif Ali (UNISSA) oleh Gaharu Berjaya Resources hari ini.

Hadir memulakan acara penanaman pohon gaharu ialah pemangku Rektor UNISSA Pengiran Anak Dr Haji Amiruddin Alam Shah Pengiran Anak Haji Ismail.

Dalam temu bual Media Permata dengan pengarah urusan Gaharu Berjaya Resources Haji Mohamad Ali Haji Dollah berkata, "Sejak gaharu mula dikomersialkan pada Februari 2010, sebanyak 9,500 pohon ditanam di keempat-empat daerah dan ini tidak termasuk yang di luar negeri."

"Gaharu Berjaya Resources pada setiap bulan akan mengadakan sumbangan penanaman pokok gaharu untuk sekolah-sekolah yang antara lain bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada penuntut dan orang ramai mengenai kebaikan pohon itu," jelasnya.

Selain sumbangan itu, terdapat juga peladang muda yang melibatkan diri dalam bidang penanaman pohon gaharu di samping itu orang ramai juga menanam di kawasan kediaman mereka untuk penghasilan akan datang. Beliau menjelaskan, "benih pohon gaharu ini diimport dari negara jiran, Malaysia dan negara Asia."

Katanya lagi, "Gaharu Berjaya Resources hanya mengkomersialkan untuk rakyat dan penduduk di negara ini tapi pada masa ini juga, Gaharu Berjaya telah melangkah memasuki negara Malaysia dan Indonesia."

"Gaharu Berjaya Resources menjelang tahun depan akan melangkah ke satu tapak lagi dengan menghasilkan teh hijau dari daun gaharu selain losen, minyak, sabun, sejadah dan sebagainya," tambahnya.

Leave a Reply