UBD terima sumbangan enam pokok gaharu
Oleh Ak Fairol RMF
Penanaman pokok gaharu oleh wakil kedua-dua pihak.
BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jan - Sebanyak enam pokok gaharu diserahkan hari ini kepada Universiti Brunei Darussalam (UBD) hasil sumbangan oleh Syarikat Gaharu Berjaya Resources.
Sumbangan itu bertujuan untuk memberi pengenalan kepada para kakitangan dan fakulti UBD mengenai kepentingan pokok gaharu dari segi penjagaan dan pemeliharaan memandangkan pohon ini tersenarai dalam tumbuhan liar yang dilindungi termasuk mengikut akta "Convention on International Trade in endangered Species" (CITES).
Sumbangan disampaikan oleh Pengarah Urusan Syarikat Gaharu Berjaya Resources, Awang Haji Mohd Ali Haji Dollah kepada Ketua Bahagian Estet UBD, Awang Chua Peng Hong.