• RSS
  • Delicious
  • Facebook
  • Agarwood Resources

Produk GBR

Minyak Harum B$18
Pati minyak Gaharu
Kraftangan gaharu
Chip Gaharu

Jadual

-

Tempat penjualan bibit Gaharu

Unit No.4 Tingkat 1 Spg 544, Bangunan Haji Pawzi,
Jalan Bengkurong-Masin . Bf2120
Negara Brunei Darussalam

(memandangkan pejabat masa ini dalam pengubahsuaian pihak pentadbiran memohon maaf awda boleh meghubungi dengan email : gaharubrunei@yahoo.com )

About Me

Mengkomersilkan dan mempelbagaikan penghasilan tanaman Gaharu untuk menaiktarafkan pendapatan setiap keluarga di Negara Brunei khasnya dan di Asia Tenggara (Malaysia,Indonesia,Singapura,
Thailand,Laos,Combodia,
Vietnam,Filipina,India,
Bangladesh dan Cina)

Thumbnail Recent Post

Seminar Kursus Gaharu

Pada: - Pospone (tarikh akan diumumkan kemudian)

Jam: 8.30 am - 05:00pm (Pagi Teori dan Petang Praktikal inokulasi pokok)

Bertempat: Sekolah perdagangan, spg 347, jln Pasar Baharu Gadong, BE 1310, Brunei Darussalam

Yuran pendaftaran: $150 (Jamuan akan disediakan)
*Tempat duduk terhad.

Percuma 1 bibit Gaharu berserta sijil tanaman dan sijil kursus gaharu, praktikal inokulasi pokok

* tarikh tutup pendaftaran: - tarikh pendaftaran masih dibuka dan akan diumumkan kemudian tarikh seminar

* walk in akan kami terima

Untuk keterangan lanjut sila



e-mail ke : Gaharubrunei@yahoo.com

Download Borang Seminar

support GaharuBrunei

Support gaharubrunei by linking to your blog, copy and paste the code below into your site.

Pengikut

Web Counter

Seminar Keempat Gaharu Brunei

Seminar Ke-4 Gaharu Brunei di kelolakan dengan kerjasama pihak syarikat Lagenda Yakin

Persembah Kehadapan Majlis Kebawah Duli

Persembah pohon gaharu Kehadapan Majlis Kebawah Duli yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah Sultan Dan yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam.

Nursery Gaharu

Nursery pohon gaharu yang terletak di kampong Betumpu Bengkurong

Sumbangan Pohon Gaharu

Sumbangan pohon gaharu yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Awang Haji Hazair Bin Haji Abdullah, Menteri Kebudayaan Belia Dan Sukan sempena majlis karnival budaya membaca 2011

Kebun Gaharu

Kebun gaharu yang terletak di Daerah Temburong


PEMANGKU Pengetua Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB), Pengiran Haji Haslin bin Pengiran Haji Ali menanam pokok gaharu di kawasan ITQSHHB. (Foto : Mohd. Sahrizal Hj. Said)
JALAN TUTONG, Isnin, 31 Oktober. - Pemangku Pengetua Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB), Pengiran Haji Haslin bin Pengiran Haji Ali berkata, tanaman hijau bukan sahaja dapat menyumbang kepada penghasilan oksigen secara semula jadi dan membisaikan persekitaran, malah ia merupakan amal jariah.Pengiran Haji Haslin menyatakan perkara itu semasa berucap selaku tetamu kehormat di Majlis Sumbangan dan Penanaman Pokok Gaharu di Kawasan ITQSHHB, di sini.Sebanyak 11 pokok gaharu ditanam di kawasan ITQSHHB yang merupakan sumbangan pertama Gaharu Berjaya Resources kepada institut tersebut.

Pemangku Pengetua ITQSHHB juga melahirkan rasa bangga dengan usaha gigih dan berterusan Syarikat Gaharu Brunei yang merupakan syarikat milik anak tempatan di dalam memberikan sumbangan pohon-pohon gaharu kepada pelbagai pihak dan agensi di negara ini.
"Saya yakin usaha ini akan menambahkan lagi keberkatan syarikat ini dan seterusnya dapat memainkan peranan yang penting di dalam memajukan lagi sektor pertanian di Negara Brunei Darussalam," tambahnya.Beliau juga berharap dengan adanya sumbangan seumpama ini akan dapat menjadi satu titik permulaan bagi jalinan kerjasama yang berterusan di antara ITQSHHB dengan Syarikat Gaharu Brunei dan seterusnya menyeru warga institut itu untuk sama-sama berjinak-jinak berjasa kepada tanah seperti penanaman pohon gaharu dan tanaman hijau yang lainnya.
Terdahulu, Pengarah Syarikat Gaharu Brunei, Haji Mohd. Ali bin Haji Dollah berkata selain menyumbangkan pohon gaharu itu Gaharu Berjaya Resources juga berhasrat memberikan maklumat dan penerangan tentang kegunaan pohon gaharu dari aspek pengenalan, penjagaan, pemeliharaan dan juga produk-produk yang boleh dihasilkan.Jelasnya, dengan adanya sumbangan seperti ini, Gaharu Brunei berharap agar orang ramai akan sedar tentang pentingnya memelihara dan menjaga spesies pohon gaharu ini sekali gus akan dapat turut sama dalam penanaman semula pohon gaharu bagi menjamin generasi pohon ini akan dapat berterusan."Besarlah harapan pihak Gaharu Brunei agar kita semua dapat menghasilkan pendapatan dengan cara bertanam pohon gaharu dan pada masa yang sama dapat menghijaukan dan mengharumkan negara kita pada mata dunia," jelas Pengarah Gaharu Brunei.Majlis pagi tadi diteruskan dengan menanam pokok gaharu di kawasan ITQSHHB dan penyampaian cenderahati serta sijil kepada tetamu kehormat majlis.Gaharu Brunei mula ditubuhkan pada tahun 2010, akan tetapi Pengurus Syarikat mula berkecimpung dalam bidang gaharu dari tahun 2005.Manakala Gaharu Brunei ini ditubuhkan di bawah Syarikat Gaharu Berjaya Resources (Import dan cawangan Asia Tenggara) dan anak syarikatnya ialah AGARWOOD RESOURCES (Eksport dan Produk).Setelah membuat kajian hampir lima tahun, pada bulan Februari tahun ini, Syarikat Gaharu Berjaya Resources memulakan penjualan bibit gaharu untuk tanaman komersial yang tidak hanya terhad di kawasan persendirian mahupun kawasan bangunan-bangunan awam.Tanaman ini juga boleh membantu dan menaikkan taraf pendapatan setiap penduduk Brunei khasnya dan seluruh penduduk Asia Tenggara yang berpendapatan rendah amnya.Permintaan terhadap gaharu memang banyak dari negara-negara Timur Tengah, Asia dan Eropah seperti Arab Saudi, Taiwan, Jerman dan Jepun.Terdapat 17 spesies gaharu yang dikenal pasti dan hasil kajian Gaharu Brunei, pada masa ini lima jenis pohon gaharu boleh didapati di Negara Brunei Darussalam.
Pada masa ini Syarikat Gaharu Berjaya Resources akan memulakan tanaman di luar negara iaitu di Indonesia bertempat di Daerah Bogor, Medan, Lombok dan Aceh selain Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Kelantan, Kedah, Perak, Pahang dan Selangor.Misi syarikat dalam jangka masa lima ke tujuh tahun ini akan menanam sebanyak 1 juta pohon untuk memenuhi permintaan negara pengimport.Syarikat tersebut juga ingin menyumbangkan pohon-pohon gaharu pada setiap bangunan-bangunan kerajaan, masjid serta balai ibadat, pusat kebajikan dan juga sekolah-sekolah di negara ini khasnya dan di Asia Tenggara amnya.Sementara itu misi besar syarikat ini adalah untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai pusat atau HUB bagi perkumpulan gaharu yang terbesar di Asia malah di seluruh dunia di samping membuat produk-produk dari gaharu.