Kepada yang berminat ingin lebih tahu lagi tentang Gaharu, disini kami menyediakan perkhidmatan soalan dan jawapan. untuk pertanyaan lebih lanjut sila e-mail kami di gaharubrunei@yahoo.com dan insyallah kami akan bersedia menjawab soalan-soalan yang dibentangkan.
Dibawah ini terdapat soalan serta jawapan yang kebanyakan kami terima dan mungkin ini boleh membantu anda menjawab segala persoalan yang belum terjawab.
1. Soalan: Apakan dia pohon gaharu?
Jawapan: Pohon gaharu atau pohon karas adalah sejenis pohon yang mengeluarkan resin yang sangat harum.
2. Soalan: Bilakah GaharuBrunei ditubuhkan dan apakah nama syarikatnya dan anak buah syarikatnya ?
Jawapan: GaharuBrunei di tubuhkan pada tahun 2010, akan tetapi pengurus syarikat telah berkecimpung dalam bidang gaharu dari tahun 2005, GaharuBrunei ditubuh dibawah syarikat GAHARU BERJAYA RESOURCES (Impot dan cawangan Asia Tenggara) dan anak buah syarikatnya ialah AGARWOOD RESOURCES.(Ekspot dan Produk)
3. Soalan: Apakah proses kajian yang sudah dibuat oleh syarikat ini?
Jawapan: Syarikat kami sudah membuat kajian mengenai penanaman dan teknologi baru iaitu teknologi Inokulasi yang mampu membantu mempercepatkan penghasilan resin gaharu. Secara alami, tempoh untuk pohon gaharu mengeluarkan hasil adalah cukup lama kira-kira 50 ke 80 tahun sedangkan dengan mengunakan teknologi inokulsai ini kita hanya mengambil masa 5 ke 7 tahun. Selain itu, syarikat kami juga membuat kajian berdasarkan tissue culture (tisu didik) dan juga penanaman dari biji benih. Untuk mengkomersilkan bibit gaharu ini, syarikat kami hanya mengsyorkan bibit yang berasaskan dari biji benih.
4. Soalan: Mengapakah syarikat ini mengalakan bertanam berasaskan biji benih dan tidak berapa mengalakan tanaman melalui tissue culture(tisu didik)?
Jawapan: Pada tahun 2005, pihak syarikat memang sudah ada bertanam dalam kira-kira 500 pohon berdasarkan tissue culture(tisu didik). Akan tetapi bukannya untuk di komersilkan. Tissue culture adalah benih yang diambil melalui ibu pohon yang sudah berusia 50 tahun keatas dengan cara percantuman dan sebagainya. Kekurangan pada benih tissue culture (tisu didik) ini ianya tidak mempunyai akar tunjang untuk menampung kekuatan batang pokok. Pohon ini juga akan mudah rebah jika ada tiupan angin yang kencang ataupun ribut.
5. Soalan: Apakan dia teknologi inokulasi dan bagaimanakah carannya ianya boleh mengeluarkan hasil maksima hanya 5 ke 7 tahun?
Jawapan: Secara alami pohon gaharu ini tidak akan mengeluarkan hasil tanpa ada mengalami kecederaan melalui gangguan fizikal ataupun stress. Pohon gaharu ini mempunyai ketahanan badan atau antibodi yang cukup kuat untuk ianya melawan penyakit. Dengan mengunakan teknologi baru iaitu teknologi inokulasi atau inokulan, ia mampu memendekkan jangka masa bagi pohon gaharu ini untuk menghasilkan resin dengan lebih cepat dan lebih banyak. kaedah ini melibatkan teknologi inokulasi dimana pohon gaharu itu akan di tebuk kira-kira 500 lubang(bergantung kepada kebesaran pohon gaharu itu sendiri) dan dimasukkan hormon atau fungus. Setelah selesai semua kerja inokulasi, lubang-lubang yang ditebuk itu akan disumbatkan dengan mengunakan lilin atau gabus.
Dengan cara suntikan vaksin atau bakteria, ianya bolah mencederakan pohon ini. Pohon gaharu ini akan memberikan tindak balas dengan mengeluarkan antibodi yang mampu untuk melawan penyakit dan antibodi inilah yang akan menghasilkan teras atau minyak(resin). Untuk mendapat penghasilan maksima, kita hendaklah menunggu enam bulan ke dua tahun setelah pohon gaharu ini disuntik untuk mendapat hasil yang berharga dan berkualiti.
6. Soalan: Bilakah dan mengapakah tanaman budaya gaharu ini di komersilkan?
Jawapan: Setelah membuat kajian bagi tanaman ini hampir 5 tahun, pada bulan februari tahun ini, kami memulakan penjualan bibit gaharu untuk tanaman komersil. Ianya tidak terhad di kawasan persendirian mahupun kawasan bangunan – bangunan awam.
Tanaman ini boleh membantu dan menaikan taraf pendapatan setiap penduduk Brunei Khasnya dan seluruh penduduk Asia Tenggara Am nya yang berpendapatan rendah. Permintaan terhadap gaharu ini memang banyak datang daripada negara-negara Timur Tengah, asia dan eropah seperti arab Saudi, Taiwan, german dan Jepun. Kerana permintaan gaharu ini tidak mencukupi, kita hendaklah merebut peluang untuk mengkomersilkan gaharu ini di negara kita sedangkan negara kita memang sesuai untuk penanaman gaharu ini.
7. Soalan: Berapakah jenis - jenis pohon gaharu?
Jawapan: Didalam spesis gaharu terdapat 17 jenis yang diketahui dengan nama saintifiknya Aquilaria yang boleh dijumpai di Asia Tenggara dan hasil kajian GaharuBrunei buat masa ini mempunyai 5 jenis pohon gaharu boleh didapati di Negara kita Brunei Darussalam yaitu spesis Aquilaria Malacensis, Aquilaria Hirta, Aquilaria Beccariana, Aquilaria Microcarpa dan Aquilaria Filaria.
8. Soalan: Adakah pohon gaharu ini boleh ditanam dimana-mana?
Jawapan: Ya, pohon ini bolehlah kita tanam dimana-mana kecuali dimana tanah yang sentiasa basah atau tempat yang selalu dilanda banjir yg ambil masa yg lama.
9. soalan: Apakah tujuan seminar gaharu diadakan?
Jawapan: Tujuan seminar kursus adalah untuk memberi pengenalan tentang kebaikan menanam pohon gaharu secara kelompok(kawasan rumah) atau berladang serta mengetahui cara-cara penanaman, penjagaan, teknologi baru yaitu teknologi inokulasi dan jua sesi soal jawab tentang gaharu yang mana boleh membantu orang ramai untuk menjawab segala persoalan yang belum terjawab.
10. Soalan: Siapa sajakah yang boleh menghadiri seminar gaharu ini?
Jawapan: Seminar gaharu ini kami bukakan pada orang ramai yang ingin berkecimpung dalam bidang penanaman gaharu terutama pada yang akan berpencen, akan berpencen, peladang muda dan sebagainya (untuk menimba ilmu mengenai gaharu)
11. Soalan: Apakah Misi dan Visi syarikat ini untuk mengkomersilkan pohon gaharu ini?
Jawapan: Pada masa ini syarikat kami akan memulakan tanaman di luar negara iaitu di negara indonesia dan ianya bertempat di daerah Bogor, Medan,lombok dan Aceh. Tidak ketinggalan juga negara Malaysia yaitu di Kuala Lumpur,Kelantan, Kedah,Perak,pahang dan Selangor.
Misi Syarikat kami adalah dalam jangka masa 5 ke 7 tahun ini bertanam sebanyak 1 juta pohon untuk memenuhi permintaan negara pengimport dan syarikat kami juga ingin menyumbangkan pohon – pohon gaharu ini pada setiap bangunan – bangunan kerajaan, masjid serta balai ibadat, pusat kebajikan dan juga sekolah –sekolah di negara kitani khasnya dan di AsiaTtenggara amnya. Pihak syarikat juga ingin menumpukan dan mengalakkan kepada setiap badan badan persatuan, koperasi, majlis perundingan kampong dan amnya yang berminat untuk menceburi dalam bidang penanaman gaharu ini.
Selain daripada ini juga, Misi besar syarikat kami adalah untuk menjadikan Negara kita Brunei Darussalam sebagai Pusat atau pun HUB bagi perkumpulan gaharu yang terbesar di Asia malah di seluruh dunia,di samping membuat produk produk dari Gaharu.
12. Soalan: Mengapakah Gaharu Brunei Mensyorkan tanaman gaharu secara meluas di asia tenggara ini?
Jawapan: Syarikat kami mensyorkan atau mengalakkan tanaman secara meluas iaitu di Negara kita Brunei Darussalam khasnya dan Asia Tenggara amnya adalah semata – mata untuk menaikkan taraf hidup bagi setiap orang yang bertanam dan seterusnya untuk memenuhi kehendak pasaran dunia yang tidak mencukupi iaitu kurang daripada 15 peratus sahaja dan mungkin dengan mengalakkan orang ramai untuk bertanam pohon gaharu ini secara meluas mungkin kejadian pencurian pohon gaharu ini akan dapat dibenteras.
13. Soalan: Berapakah harga bibit gaharu?
Jawapan: Pada mana ini harga bibit gaharu yang kami jual berharga $15.00
14. Soalan: Negara manakah yang pengekspot terbesar Gaharu buat masakini dan berapa kah pendapatan tahunan hasil dari ekspotnya?
Jawapan: Buat masa ini Negara Singapura pengekspot terbesar Gaharu,Pendapatan tahunan hasil ekspot singapura dianggarkan melebihi 1.2 billion dolar Amerika(usd1.2 billion) setahun.
15. Soalan : Berapa pohon tanamankah GaharuBrunei ingin komersilkan di Negara Brunei Darussalam dalam masa 5 ke 7 tahun ini?
Jawapan: GaharuBrunei ingin mengkomersilkan 1 juta pokok dalam 5 ke 7 tahun di Negara Brunei Darussalam.
16.Soalan: Berapakah tahap anggaran peratus permintaan dunia dan nilai ekspot yang GaharuBrunei jangkakan setelah menjadi pusat pengumpulan gaharu terbesar di Asia Tenggara,dan apakah pencapaian untuk membantu ekonomi negara setelah itu?
Jawapan: Setelah GaharuBrunei dapat menjadikan pusat pengumpulan gaharu terbesar di negara ini nanti anggaran 60% permintaan dunia akan cuba dihasilkan,dan nilai ekspot dijangkakan 4.8billion dolar Amerika (usd4.8 billion), iaitu lebih kurang Bnd6 billion lebih, produk ini boleh membantu ekonomi negara disamping membuka pekerjaan untuk rakyat untuk kilang produk yang di hasilkan.
17. Soalan: Berapa orang kah yang sudah bertanam gaharu di ke 4 daerah di Negara Brunei Darussalam melalui GaharuBrunei?
Jawapan: Sehingga Penghujung November 2010 sebanyak 337 orang yang sudah bertanam melalui GaharuBrunei di ke 4 daerah.
18.Soalan: Mengapakah GaharuBrunei mengeluarkan sijil penanaman bagi yang membeli bibit gaharu?
Jawapan: Sijil penanam akan disertakan oleh GaharuBrunei apabila membeli bibit gaharu untuk statistik kerajaan dan syarikat sendiri bagi mengetahui berapa banyak yang sudah bertanam dan statistik untuk tuaian bila cukup tempoh matang.
19.Soalan: Berapakah anggaran kadar pembelian pokok gaharu yang ditanam melalui GaharuBrunei setelah tempoh matang iaitu 5 ke 7 tahun?
Jawapan: Kadar anggaran belian pokok gaharu yg sudah matang ialah B500 ke B800 se pohon dalam masa 5 ke 7 tahun.
20.Soalan: Mengapakah GaharuBrunei mengkomersilkan tahun 2010 bukannya tahun 2005?
Jawapan: GaharuBrunei membuat kajian bermula tahun 2005 dan mengkomersilkan tanaman pada tahun 2010 setelah penghasilan dari produk gaharu dapat dihasilkan setelah di kaji selidik,
21.Soalan: Apakah nama syarikat yang sudah membuat persetujuan dengan GaharuBrunei untuk kajian dan membuat inokulasi pokok yang sudah matang diNegara Brunei Darussalam?
Seminar Keempat Gaharu Brunei
Seminar Ke-4 Gaharu Brunei di kelolakan dengan kerjasama pihak syarikat Lagenda Yakin
Persembah Kehadapan Majlis Kebawah Duli
Persembah pohon gaharu Kehadapan Majlis Kebawah Duli yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah Sultan Dan yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam.