• RSS
  • Delicious
  • Facebook
  • Agarwood Resources

Produk GBR

Minyak Harum B$18
Pati minyak Gaharu
Kraftangan gaharu
Chip Gaharu

Jadual

-

Tempat penjualan bibit Gaharu

Unit No.4 Tingkat 1 Spg 544, Bangunan Haji Pawzi,
Jalan Bengkurong-Masin . Bf2120
Negara Brunei Darussalam

(memandangkan pejabat masa ini dalam pengubahsuaian pihak pentadbiran memohon maaf awda boleh meghubungi dengan email : gaharubrunei@yahoo.com )

About Me

Mengkomersilkan dan mempelbagaikan penghasilan tanaman Gaharu untuk menaiktarafkan pendapatan setiap keluarga di Negara Brunei khasnya dan di Asia Tenggara (Malaysia,Indonesia,Singapura,
Thailand,Laos,Combodia,
Vietnam,Filipina,India,
Bangladesh dan Cina)

Thumbnail Recent Post

Seminar Kursus Gaharu

Pada: - Pospone (tarikh akan diumumkan kemudian)

Jam: 8.30 am - 05:00pm (Pagi Teori dan Petang Praktikal inokulasi pokok)

Bertempat: Sekolah perdagangan, spg 347, jln Pasar Baharu Gadong, BE 1310, Brunei Darussalam

Yuran pendaftaran: $150 (Jamuan akan disediakan)
*Tempat duduk terhad.

Percuma 1 bibit Gaharu berserta sijil tanaman dan sijil kursus gaharu, praktikal inokulasi pokok

* tarikh tutup pendaftaran: - tarikh pendaftaran masih dibuka dan akan diumumkan kemudian tarikh seminar

* walk in akan kami terima

Untuk keterangan lanjut sila



e-mail ke : Gaharubrunei@yahoo.com

Download Borang Seminar

support GaharuBrunei

Support gaharubrunei by linking to your blog, copy and paste the code below into your site.

Pengikut

Web Counter

Seminar Keempat Gaharu Brunei

Seminar Ke-4 Gaharu Brunei di kelolakan dengan kerjasama pihak syarikat Lagenda Yakin

Persembah Kehadapan Majlis Kebawah Duli

Persembah pohon gaharu Kehadapan Majlis Kebawah Duli yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah Sultan Dan yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam.

Nursery Gaharu

Nursery pohon gaharu yang terletak di kampong Betumpu Bengkurong

Sumbangan Pohon Gaharu

Sumbangan pohon gaharu yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Awang Haji Hazair Bin Haji Abdullah, Menteri Kebudayaan Belia Dan Sukan sempena majlis karnival budaya membaca 2011

Kebun Gaharu

Kebun gaharu yang terletak di Daerah Temburong


Archive for Oktober 2010

Lapan pokok gaharu ditanam di Pusat Ehsan

Oleh Rafidah Jumat

Suasana ketika berlangsungnya penanaman pokok gaharu di kawasan Pusat Ehsan.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis - Sebanyak lapan anak benih pokok gaharu sumbangan dari Gaharu Berjaya Enterprise telah ditanam hari ini di kawasan Pusat Ehsan di Kampung Bengkurong.

Majlis penanaman disertai oleh ahli pemegang amanah dan ahli pengurusan pusat dengan didahului oleh Pemangku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah pusat itu, Dato Paduka Haji Mohd Alimin Haji Abd Wahab, diikuti Pengarah Urusan Gaharu Enterprise, Haji Mohd Ali Haji Dollah.

Sumbangan pokok gaharu dari syarikat berkenaan kepada pusat itu adalah bagi membantu golongan kurang upaya di negara ini di samping untuk memperkenalkan kepentingan penanaman pokok gaharu kepada orang ramai dari segi penanaman secara komersil.

Pokok gaharu yang ditanam pada hari ini di kawasan pusat, boleh dituai dalam tempoh lima hingga tujuh tahun dan setiap pokok yang matang, mempunyai harga yang tinggi.

Penanaman pokok tersebut mampu membantu perekonomian negara dan secara tidak langsung membantu golongan tersebut.

Pokok gaharu boleh menghasilkan satu produk eksport yang tinggi nilainya dari buatan negara ini termasuk minyak wangi, teh hijau, sabun, ubat gigi dan barang kosmetik.

Pasaran bagi negara pengimport adalah luas seperti Dubai, Arab Saudi, Korea, Jepun dan negara lain.

Pusat Ehsan plants Gaharu seedlings

By Cedrina Clark

Pg Datin Hjh Noraini planting a Gaharu seedling.

Dato Paduka Haji Mohd Alimin planting a Gaharu seedling. - PHOTOS: MASTORIS

A tree planting ceremony was held at the Pusat Ehsan, Kampong Bengkurong Masin yesterday morning.

Eleven Gaharu saplings were planted by Dato Paduka Haji Mohd Alimin bin Haji Abd Wahab, Senior Board of Trustees/Acting Chairman of the centre. Haji Mohd Ali bin Haji Dollah, Managing Director of Gaharu Berjaya Enterprise Brunei was there to witness the plantings.

The Gaharu trees can be used for making products such as perfume, soap, toothpaste, cosmetics and scents for spa and tea. Gaharu tree products are exported to countries such as United Arab Emirates, Saudi Arabia, South Korea and Japan.

Redzuan bin Haji Rosli from Gaharu Berjaya Enterprise said that the donation of the Gaharu saplings was aimed to assist the disabled in the country. It also aimed to introduce Gaharu trees as a source of investment for the public. Planting Gaharu trees can help the national economy and indirectly assist the organisations taking care of the disabled.

Dato Paduka Haji Mohd Alimin bin Haji Abd Wahab extended his gratitude to Gaharu Berjaya for its contribution of Gaharu seedlings to Pusat Ehsan which can provide long-term benefits to the centre. In addition, it can also beautify the landscape of the centre.

There was also a video presentation and an exchange of souvenirs.

Among those present at the ceremony were Pg Datin Hjh Noraini bte PDBLDR Pg Hj Momin, Haji Ahmad bin Haji Abd Rahman, Haji Abd Hamid Maaruf and staff of the center.

Hadfa Enterprise lancarkan
penanaman anak pokok gaharu

RIMBA, Ahad, 3 Oktober. - Majlis Pelancaran Penanaman Anak Pokok Gaharu dan Mempromosikan Masakan Tradisional diadakan pagi tadi bertempat di Taman Rekreasi Hadfa, Kawasan Kemajuan Pertanian Fasa 4, Hortikultur Rimba Gadong.

Hadir selaku tetamu kehormat dan melancarkan penanaman anak pokok gaharu itu ialah Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Pengiran Datin Paduka Hajah Mariana binti Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Haji Abdul Momin dan Dayang Hajah Normah Suria Hayati binti Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama (Dr.) Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri.


HADIR selaku tetamu kehormat melancarkan penanaman anak pokok gaharu ini ialah Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Pengiran Datin Paduka Hajah Mariana dan Dayang Hajah Normah Suria Hayati.
(Foto : Azmah Hj. Ahad)

Sementara itu sebanyak 15 anak pokok gaharu masing-masing ditanam oleh Pengarah Perhutanan, Awang Haji Saidin bin Salleh, Pengarah Alam Sekitar dan Rekreasi, Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin,Pengarah Badan Kemajuan Industri Brunei (BINA), Pengiran Sharifuddin bin Pengiran Haji Matali, Timbalan Pengerusi Lembaga Bandaran BSB, Awang Mohammad Ramli bin Zulkifli, Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Haji Jamain bin Momin dan Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB), Vincent Chong.

Menurut Pengurus Hadfa Enterprise, Dayang Hajah Halus bin Haji Karim, penanaman gaharu bertujuan untuk membantu melahirkan produk-produk yang dibuat dari kayu gaharu itu sendiri.

"Gaharu atau kayu keras adalah sejenis pohon yang mengeluarkan resin atau minyak yang sangat harum," katanya.

ANTARA produk-prouk yang dihasilkan dari pokok gaharu. (Foto : Azmah Hj. Ahad)

Jangka masa bagi pohon gaharu ini untuk mengeluarkan resin atau minyak mengambil masa sehingga berpuluh tahun.

Tetapi jelasnya, dengan menggunakan teknologi baru iaitu teknologi inokulasi, jangka hayat bagi pokok gaharu ini boleh mengeluarkan hasil hanya mengambil masa lima ke tujuh tahun sahaja.

Acara juga diselajurkan dengan mempromosikan masakan tradisional tempatan yang paling digemari seperti ambuyat, pais daging dan sebagainya.

(Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Hj. Ahmad)


Alhamdullilah, pada 03hb Oktober 2010 yang lalu, GaharuBrunei sekali lagi mencipta sejarah dengan majlis pelancaran penanaman anak pohon Gaharu di Hadfa Rekreasi Rimba dengan kerjasama dengan pengurus Hadfa Enterprise, Hajah Halus Binti Haji Karim. Antara tetamu kehormat yang hadir adalah terdiri daripada Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian perindusterian dan Sumber-Sumber Utama, Pengiran Datin Paduka Hajah Mariana binti Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Haji Abdul Momin dan Dayang Hajah Normah Suria Hayati binti Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama (Dr.) Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri.


Pada majlis pagi ini, sebanyak 15 pohon telah disumbangkan bagi penanaman pohon Gaharu yang disempurnakan oleh beberapa badan kerajaan yang terdiri daripada Pengarah perhutanan,
Awang Haji Saidin bin Salleh, Pengarah Alam Sekitar dan Rekreasi, Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin,Pengarah Badan Kemajuan Industri Brunei (BINA), Pengiran Sharifuddin bin Pengiran Haji Matali, Timbalan Pengerusi Lembaga Bandaran BSB, Awang Mohammad Ramli bin Zulkifli, Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Haji Jamain bin Momin dan Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB), Vincent Chong.