Hadir selaku tetamu kehormat dan melancarkan penanaman anak pokok gaharu itu ialah Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Pengiran Datin Paduka Hajah Mariana binti Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Haji Abdul Momin dan Dayang Hajah Normah Suria Hayati binti Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama (Dr.) Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri. Sementara itu sebanyak 15 anak pokok gaharu masing-masing ditanam oleh Pengarah Perhutanan, Awang Haji Saidin bin Salleh, Pengarah Alam Sekitar dan Rekreasi, Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin,Pengarah Badan Kemajuan Industri Brunei (BINA), Pengiran Sharifuddin bin Pengiran Haji Matali, Timbalan Pengerusi Lembaga Bandaran BSB, Awang Mohammad Ramli bin Zulkifli, Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Haji Jamain bin Momin dan Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB), Vincent Chong. Menurut Pengurus Hadfa Enterprise, Dayang Hajah Halus bin Haji Karim, penanaman gaharu bertujuan untuk membantu melahirkan produk-produk yang dibuat dari kayu gaharu itu sendiri. "Gaharu atau kayu keras adalah sejenis pohon yang mengeluarkan resin atau minyak yang sangat harum," katanya. Jangka masa bagi pohon gaharu ini untuk mengeluarkan resin atau minyak mengambil masa sehingga berpuluh tahun. Tetapi jelasnya, dengan menggunakan teknologi baru iaitu teknologi inokulasi, jangka hayat bagi pokok gaharu ini boleh mengeluarkan hasil hanya mengambil masa lima ke tujuh tahun sahaja. Acara juga diselajurkan dengan mempromosikan masakan tradisional tempatan yang paling digemari seperti ambuyat, pais daging dan sebagainya. (Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Hj. Ahmad)
penanaman anak pokok gaharu
HADIR selaku tetamu kehormat melancarkan penanaman anak pokok gaharu ini ialah Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Pengiran Datin Paduka Hajah Mariana dan Dayang Hajah Normah Suria Hayati. (Foto : Azmah Hj. Ahad) ANTARA produk-prouk yang dihasilkan dari pokok gaharu. (Foto : Azmah Hj. Ahad)
Seminar Keempat Gaharu Brunei
Seminar Ke-4 Gaharu Brunei di kelolakan dengan kerjasama pihak syarikat Lagenda Yakin
Persembah Kehadapan Majlis Kebawah Duli
Persembah pohon gaharu Kehadapan Majlis Kebawah Duli yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah Sultan Dan yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam.
