Hadir selaku  tetamu kehormat dan melancarkan penanaman anak pokok gaharu itu ialah  Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perindustrian dan  Sumber-Sumber Utama, Pengiran Datin Paduka Hajah Mariana binti Pengiran  Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Haji Abdul Momin dan Dayang Hajah  Normah Suria Hayati binti Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri  Utama (Dr.) Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri.          Sementara  itu sebanyak 15 anak pokok gaharu masing-masing ditanam oleh Pengarah   Perhutanan, Awang Haji Saidin bin Salleh, Pengarah Alam Sekitar dan  Rekreasi, Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin,Pengarah  Badan Kemajuan  Industri Brunei (BINA), Pengiran Sharifuddin bin Pengiran Haji Matali,  Timbalan Pengerusi Lembaga Bandaran BSB, Awang Mohammad Ramli bin  Zulkifli, Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Haji Jamain bin Momin  dan Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB),  Vincent Chong.   Menurut Pengurus Hadfa Enterprise,  Dayang Hajah Halus bin Haji Karim, penanaman gaharu bertujuan untuk  membantu melahirkan produk-produk yang dibuat dari kayu gaharu itu  sendiri.   "Gaharu atau kayu keras adalah sejenis pohon yang mengeluarkan resin atau minyak yang sangat harum," katanya.            Jangka masa bagi pohon gaharu ini untuk mengeluarkan resin atau minyak mengambil masa sehingga berpuluh tahun.   Tetapi  jelasnya, dengan menggunakan teknologi baru iaitu teknologi inokulasi,  jangka hayat bagi pokok gaharu ini boleh mengeluarkan hasil hanya  mengambil masa lima ke tujuh tahun sahaja.   Acara  juga diselajurkan dengan mempromosikan masakan tradisional tempatan  yang paling digemari seperti ambuyat, pais daging dan sebagainya.       (Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Hj. Ahmad) 
penanaman anak pokok gaharu
HADIR  selaku tetamu kehormat melancarkan penanaman anak pokok gaharu ini  ialah Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perindustrian dan  Sumber-Sumber Utama, Pengiran Datin Paduka Hajah Mariana dan Dayang  Hajah Normah Suria Hayati.   (Foto : Azmah Hj. Ahad)  ANTARA  produk-prouk  yang dihasilkan dari pokok gaharu.  (Foto : Azmah Hj. Ahad)
ANTARA  produk-prouk  yang dihasilkan dari pokok gaharu.  (Foto : Azmah Hj. Ahad) 
Seminar Keempat Gaharu Brunei
Seminar Ke-4 Gaharu Brunei di kelolakan dengan kerjasama pihak syarikat Lagenda Yakin
 
Persembah Kehadapan Majlis Kebawah Duli
Persembah pohon gaharu Kehadapan Majlis Kebawah Duli yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah Sultan Dan yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam.
 
 
 




 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
