
Alhamdullilah, pada 03hb Oktober 2010 yang lalu, GaharuBrunei sekali  lagi mencipta sejarah dengan majlis pelancaran penanaman anak pohon  Gaharu di Hadfa Rekreasi Rimba dengan kerjasama dengan pengurus Hadfa  Enterprise, Hajah Halus Binti Haji Karim. Antara tetamu kehormat yang  hadir adalah terdiri daripada Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian  perindusterian dan Sumber-Sumber Utama, Pengiran   Datin Paduka Hajah Mariana binti Pengiran Dipa Negara Laila Diraja   Pengiran Haji Abdul Momin dan Dayang Hajah Normah Suria Hayati binti   Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama (Dr.) Haji Awang Mohd.   Jamil Al-Sufri.
Pada majlis pagi ini, sebanyak 15 pohon telah disumbangkan bagi penanaman pohon Gaharu yang disempurnakan oleh beberapa badan kerajaan yang terdiri daripada Pengarah perhutanan, Awang Haji Saidin bin Salleh, Pengarah Alam Sekitar dan  Rekreasi, Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin,Pengarah  Badan Kemajuan  Industri Brunei (BINA), Pengiran Sharifuddin bin Pengiran Haji Matali,  Timbalan Pengerusi Lembaga Bandaran BSB, Awang Mohammad Ramli bin  Zulkifli, Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Haji Jamain bin Momin  dan Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB),  Vincent Chong. 
Seminar Keempat Gaharu Brunei
Seminar Ke-4 Gaharu Brunei di kelolakan dengan kerjasama pihak syarikat Lagenda Yakin
 
Persembah Kehadapan Majlis Kebawah Duli
Persembah pohon gaharu Kehadapan Majlis Kebawah Duli yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah Sultan Dan yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam.
 
 
 




 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
